Brain Jelly Song

Monday, April 27, 2009

Juara BOTB @ Bukit Jalil

Acara : Battle Of The Band
Tempat : Dataran Remaja, Bukit Jalil
Tarikh : 25 April 2009
Masa : 1400 hrs-1700 hrs



Brain Jelly secara rasminya telah menjadi juara pertandingan Battle of The Band (BOTB) pada 25 April yang lalu. Pertandingan yang diadakan di Dataran Remaja, Bukit Jalil yang di anjurkan oleh Myselebriti & kelab Rakan Muda berlangsung dengan penuh meriah. Pertandingan ini turut disertai oleh 4 buah band lain iaitu OneMinuteSilent, Secret Violet, Tragic of Hermia & sebuah lagi band (tak ingat nama) yang diadili oleh CDnaz (ex-Sil Khannaz).

Terima kasih kepada kak Liza Myselebriti & team (thanks for the opportunity), Bad Secret Violet (ko memang best..thanks alot bro), band2 yang bertanding, semua krew & crowd yang hadir.

Cheers,
Brain Jelly.

Monday, April 13, 2009

Anytime Anywhere Demo




Brain Jelly kini sedang menjalani proses terakhir bagi menyiapkan demo pertama yang telah diberi tajuk "Anytime Anywhere". Kulit album demo ini berkonsepkan gaya "punk" tahun 70-an. Demo ini akan diedarkan dalam sedikit masa lagi. Nantikan kemunculannya.

Terima kasih.

Wednesday, April 1, 2009

Demo Pertama Brain Jelly

Lokasi : Seventh Sound Studio, Kota Kemuning
Tarikh : 29 March 2009
Masa : 1100 hrs - 1600 hrs

Kami baru sahaja selesai menjalani sesi rakaman demo pertama pada ahad, 29 March 2009 yang lalu di Seventh Sound studio, Kota Kemuning. Demo yang mengandungi 4 buah lagu ini dirakamkan secara "live" oleh encik Zan Seventh Sound yang bertindak selaku jururakam/juruadun/jurumastering. Preview 4 buah lagu boleh didengari di laman myspace kami : www.myspace.com/brainjellyband

Demo yang belum diberi tajuk ini akan diedarkan dalam masa terdekat ini. Kami amat memerlukan maklum balas/komen membina dari pihak anda untuk memantapkan lagi penciptaan lagu-lagu Brain Jelly.

Sekian, terima kasih.